Sabtu, 2 Januari 2010

TERASING


Syukran Allah kerana memberiku kesempatan. Mungkin sesiapa yang mengenali diri ini tahu mengapa gambar novel ini menjadi pendahuluan untuk post kali ini.Bukan untuk memuji-muji tetapi hanya untuk berkongsi kefahaman.Banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Besar pahala penulis kerana dapat mengetuk pintu hati para da'ei yang membaca.

Lebih -lebih lagi para da'ei yang sudah merasai kemanisan berkasih sayang kerana Allah.
"Manisnya Ukhuwah Fillah"
"Inni Uhibbuki Fillah"
"Ukhuwah Fillah menjamin kebahagiaan hidup"
dan bermacam-macam lagi moto yang digunakan dalam program-program merapatkan ukhuwah antara manusia. Tidak mengira pangkat mahupun darjat.
Hanya berlandaskan الدين الاسلام


Tetapi.......

AWAS!!!!!!!!
krn Dalam setiap kebahagiaan akan terselit ujian-ujian.

Hasutan syaitan akan sentiasa cuba menghiris-hiris ketebalan dinding ukhuwah yang terbina.
Lebih-lebih lagi yang bersandarkan kasih dan sayang semata-mata kerana Allah.
Subhanallah..

Yang menarik perhatian saya, novel ini menekan kan rasa tanggungjawab seorang da'ei kepada sahabat seperjuangannya..

Kerisauan seorang teman : "Aku risau kalau Allah uji aku tersungkur atas jalan ini.Aku risau kalau Allah uji aku dengan memalingkan aku daripada kebenaran, lalu aku jatuh ke lembah kehinaan"

Hasrat hati seorang teman : "Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu"

"Kalau aku jatuh,hulurkanlah tanganmu kepadaku,bila aku bengkok kau luruskanlah aku"



MUHASABAHLAH....ALLAH AKAN MENURUNKAN UJIAN PADA SESIAPA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI...JADI JANGAN KAU ASINGKAN SAHABAT DARIPADA KEHIDUPANMU
....SESUNGGUHNYA KITA TIDAK TAHU APA YANG ALLAH RENCANAKAN....TIDAK MUSTAHIL KITA YANG AKAN TERSUNGKUR...NA'UZUBILLAH.


Wassalam..

Tiada ulasan: