.
Alhamdulillah semalam diizinkan Allah,saya berkesempatan mengikuti perbincangan mengupas buku tersebut mengenai PERANAN PARA CENDEKIAWAN(da'ei).
Teringat ketika kecil-kecil dahulu...
Sekiranya Abi berkata : Nanti bila besar, kita mesti jadi?
Kami adik-beradik akan menjawab.."Da'eiyatun ilallah!" secara serentak
Walaupun secara benarnya kami tidak memahami apakah tugas sebenarnya.
Sekadar mengetahui, nanti bila besar mesti jadi da'ei allah di muka bumi nie...hehe
Ummi pula selalu membawa kami beramai-ramai ke daurah,qiam, mukhayyam,dan banyak lagi program2 yang bagi kami pada ketika itu amatlah memenatkan,dan memalukan, mana tidaknya cuba bayangkan ummi bawa kami sepuluh2 beradik pergi..yang kene jaga adik kakak-kakaklah...ummi tidak terfikir pun untuk menjadikan kitaorang ini sebagai alasan ummi tidak menghadiri program..subhanallah bagi ummi dengan mengikuti program, ummi dapat charge tenaga..jadi lebih kuat untuk berjuang di negeri sendiri.
Subhanallah..alhamdulillah aku dilahirkan oleh seorang da'ei yang hebat.
Sekarang apabila meningkat dewasa hati memberontak2 ingin tahu,apakah yang patut dilakukan untuk menjadi seorang da'ei yang hebat? Sehebat Asyahid Imam Hassan Al-Banna,Dr.Fathi Yakan dan ramai lagi penggerak harakah islamiah di zaman moden.
Sedikit perkongsian fikrah yang difahami melalui al-muntalaq.
Sememangnya orang-orang beriman, semuanya mendambakan syurga di akhirat kelak.
Kemudian mereka tidak merasa cukup sekiranya hanya melintasi pintu syurga,ataupun sekadar tinggal di tingkat syurga yang rendah darjatnya.Bahkan mereka semuanya bercita-cita untuk masuk ke syurga 'illiyyin (tertinggi).
Kata-kata yang sering menjadi sebutan:
"Sesiapa yang inginkan darjat yang tinggi di syurga,
dia hendaklah berada di martabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia"
Abdul Qadir al-kailani Rahimahullah katanya:
"Tidak ada martabat yang paling tinggi di dunia melainkan, martabat dakwah dengan melakukan kerja-kerja dakwah kepada Allah."
Subhanallah..sebenarnya untuk memperolehi firdausi a'ala bukannya mudah. seseorang da'ei itu mestilah sabran 'ala dakwahum , mujahadah, dan istiqamah dalam setiap apa yang dikerjakan.Sebenarnya hanya orang-orang yang dipilih oleh Allah sahaja yang sedar akan tanggungjawab ini,dan terbukti bahawa orang-orang tersebut adalah orang-orang yang dikasihi oleh Allah. Jadi seseorang yang sedar akan tanggungjawab sebagai pendakwah mestilah berbangga kerana kesedaran itu adalah tasyrifu minallah .Laksanakanlah semua itu kerana ia adalah takliifu rabbaani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan