yang sekarang melanjutkan pelajaran ke cairo,mesir..huh.. perasaan saya??
tak tahu lah...mungkin sebentar tadi banyak sangat perkara berlaku,
sehinggakan perasaan bercampur baur.
Subhanallah..maha sempurna allah,menciptakan pelbagai perasaan untuk manusia.
Cuba kamu bayangkan,jika kamu hanya mempunyai satu perasaan sahaja...gembira sepanjang masa,mesti boring hidup ini kan.
Tidak diwarnai oleh rasa sedih,geram,seronok dan ape2 lah...
Dengan ujian, allah beri kita perasaan sedih. Dengan rezeki, allah beri kita perasaan gembira.
Dengan cabaran allah beri kita kekuatan..walaupun semua ini kita tidak minta.
Tetapi ia tetap hadir untuk mewarnai kehidupan kita.
Dan percayalah ia adalah satu nikmat yang besar buat kita.
..Alhamdulillah ya allah....=)
UJIAN....sebagai seorang manusia,kita sebenar tidak sesekali akan terlepas daripadanya,malah akan sentiasa berhadapan dengan nya.
Lebih2 lagi para da'ei,mereka akan sering diuji walaupun bukan dari segi materialistik ataupun sosial.Tetapi mereka akan diuji dengan syu'urih,su'uzon ataupun apa2 lah perkara yang berkaitan dengan hati.
seperti mana firman allah s.w.a :
"لقد خلقنا الانسن فى كبد "
sesungguhnya kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesukaran demi kesukaran(jasmani dan rohani) -surah albalad:4-
Kerana itulah kita sebagai seorang da'ei mesti sentiasa mengambil berat tentang kebersihan hati.
Sasarkanlah rasa cinta kita kepada allah dan rasulullah s.a.w...sentiasa tajdid cinta kepada allah dan rasulullah s.a.w.
Bacalah cerita2 tentang sahabiah terdahulu, insyaallah cinta kita akan berbunga kembali.
..Seperti Khubaib b. 'adiy yang telah mati di bunuh dengan kejam oleh orang kafir quraish.
Mereka memotong anggota badan khubaib yang masih hidup, satu demi satu seraya berkata "Adakah kamu suka seandainya muhammad menggantikan tempatmu dan kamu selamat?"
Khubaib berkata dengan badannya berlumuran darah
"Demi allah! saya tidak akan rela sekiranya saya duduk bergembira bersama anak dan isteri saya, sedang muhammad dicucuk duri."
orang2 kafir quraish yang menyaksikan kejadian tu mengangkat tangan lalu menjerit
"bunuh dia.....bunuh dia..!!!!"
Khubaib terikat di kayu berpalang,mendongakkan wajahnya ke langit, seraya berkata
"wahai allah hitunglah bilangan mereka! hancurkanlah mereka! jangan kamu biarkan walaupun seorang"
Kemudian beliau menghembuskan nafas terakhir, yang pada tubuhnya tidak terkira berapakah tetakan pedang dan tusukan lembing menghujani.

Muhasabah diri, adakah kita akan lakukan perkara yang sama jika berada di tempat khubaib?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan